Kosmologi dan Geologi Narnia

Ciri umum

Dunia Narnia dikatakan rata dan sebagai pusat di angkasa (geosentrik). Langitnya adalah kubah yang tidak dapat ditembusi oleh makhluk yang telah mati.

Bintang Narnia adalah manusia yang bernyala. Buruj di langit adalah tarian mitos angkasa yang dilakukan oleh bintang untuk menunjukkan hasil pencipta Narnia, Aslan.

Mataharinya pula adalah cakera berapi yang mengelilingi dunia sehari sekali. Mataharinya juga mempunyai ekosistem kerana diketahui yang mataharinya didiami sejenis burung putih. Manakala tumbuhan di atas matahari pula mempunyai kandungan yang mampu menyembuh. Contohnya, jus bunga api yang dijumpai di sesetangah pergunungan mampu menyembuhkan penyakit ataupun luka dan buah beri api yang tumbuh di lembahnya pula, apabila dimakan oleh bintang-bintang, mampu membalikkan penuaan.

Tanah Narnia ibarat hidupan. Permukaan tanahnya adalah tanah mati sepertimana haiwan mempunyai sel mati dikulitnya. Tetapi, batuan dalam tanahnya hidup malah ada yang boleh dimakan.

Alam Gabungan

Dunia Narnia merupakan sebahagian daripada alam gabungan (bukan semesta). Ini menyebabkan pertembungan dunia itu dengan dunia kita dan dunia Charn. Boleh dikatakan, melalui cerita ini, dunia-dunia ini digabungkan dengan satu meta-dunia atau sebagai persimpangan yang dikenali sebagai Rimba Antara Dunia. Tidak banyak yang diketahui tentang rimba itu tetapi ia muncul seperti ruang kosong yang dipengaruhi struktur pertindihan antara dunia. Ruang ini membentuk rimba belantara yang tebal yang mempunyai kolam-kolam air di lantainya. Dengan sihir tertentu (atau alatan seperti cincin yang diperbuat dari tanah yang dipercayai tinggalan tamadun Atlantis), kolam ini mampu membawa kita ke dunia yang berlainan.Rimba Antara Dunia itu seakan-akan memberikan kesan terhadap kekuatan sihir orang yang jahat — kedua-dua Andrew Ketterley dan Penyihir Putih menjadi lemah ketika di sana.

Masa

Manusia dari dunia kita yang ke sana (kebanyakannya dari England, menyaksikan yang ruangan masa ketika mereka ke sana amat tidak dijangkakan. Kecepatan masa berlalu di Narnia berbanding di dunia kita agak mustahil dari konsep semesta (melainkan mereka bergerak selaju cahaya, tetapi tidak mungkin dengan umur yang boleh berbalik). Oleh kerana Aslan mampu menjelmakan pintu masuk di antara Bumi dan Narnia, kemungkinan dia mampu mengubah itu mengikut kehendaknya ke mana sahaja merentas ruang dan masa. Ini bermakna, dari segi perjalanan di antara dunia-dunia, masing-masing adalah tidak bergantung, atau bebas dari ikatan dimensi ruang dan masa.

Terdapat kekeliruan berkenaan persimpangan garis masa di antara Narnia dan dunia ini. Kaum Telmarine dari Telmar merupakan keturunan lanun dari dunia kita, yang ke sana melalui jalan masuk yang ditemui di sebuah pulau di Laut Selatan.Ada yang mengaikan mereka dengan peristiwa Mutiny on the Bounty pada kurun ke-18 iaitu sekumpulan manusia mendarat di Pulau Pitcairn di selatan Lautan Pasifik. Jika benar, ini menunjukkan kedatangan mereka ke Narnia sekitar tahun 1900 di dunia kita, Ketika itu, mereka akan menyaksikan Narnia yang dalam penciptaan yang memberikan kesimpulan bahawa lanun-lanun itu pergi ke sana awal tetapi tiba lewat.

Bagaimanapun, buku tidak menyatakan yang lanun mengalami proses pra-industri. Mungkin mereka dari era selepas pos-industri maka, kurang kekeliruan dilibatkan malah ia boleh diterima walaupun tanpa menggunakan anggapan seperti di atas.

Pada waktu ketika Putera Caspian ditulis, Lewis mungkin tidak sepatutnya menciptakan Narnia pada waktu dunia kita sekitar tahun 1900. Jika ya, tidak akan ada masa untuk memasukkan kisah Telmarine. Walau bagaimanapun, ia boleh berada di bila-bila selang masa.